Semua tulisan dalam blog ini bersifat umum dan tidak bersikap prejudis terhadap mana-mana pihak.Diharap menjadi pendorong positif kepada mereka yang melayari. Jika ada mana-mana pihak yang terluka perasaannya, harap dimaafkan, kerana ia tidak disengajakan~
Selasa, 20 November 2012
Sabtu, 17 November 2012
Khamis, 15 November 2012
Jangan Sekali-kali Berbuat Jahat
Sang Bangau Menipu Ikan
Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati.
Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.
"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.
Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira.
Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya.
Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau.
Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.
Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.
NILAI MURNI
Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.
Rabu, 14 November 2012
Selamat berkenalan
Langgan:
Catatan (Atom)